MISTERI 1,400 TAHUN BAKAL TERUNGKAI

Adakah Kita Selama Ini Tersalah Anggap Siapa Sebenarnya Yakjuj & Makjuj?

Ramai yang menyangka mereka sudah kenal siapa Yakjuj & Makjuj. Namun, bila kita mula bertanya tentang "logik" di sebalik kisah Zulkarnain, tiba-tiba banyak persoalan yang tidak mampu dijawab...

Pernahkah Anda Terfikir...

Cuba anda duduk sekejap dan fikirkan balik pasal kisah Yakjuj & Makjuj yang kita pernah dengar sejak kecil. Yakjuj & Makjuj diceritakan sebagai sekumpulan kaum manusia ganas yang suka membunuh dan membuat kerosakan kepada tanaman dan harta benda. Kemudian, datang Raja Zulkarnain membina sebuah tembok untuk menghalang dan mengurung kaum Yakjuj & Makjuj tersebut dari membuat ancaman lagi.

Tapi... Kalau kita fikir-fikirkan lebih dalam dan guna logik akal, ada banyak benda yang rasa macam "tak kena"...

#1. Kenapa Zulkarnain tak "belasah" saja?
Kita tahu Zulkarnain bukan calang-calang pemerintah. Bala tentera beliau paling dahsyat pada zaman itu. Kalau musuhnya cuma manusia biasa, kenapa beliau tak hapuskan saja mereka? Kenapa susah payah nak kena bina struktur besi gergasi semata-mata nak menghalang Yakjuj & Makjuj itu?

#2. Misteri waktu pembinaan
Sewaktu pekerja/bala tentera Zulkarnain tengah sibuk susun kepingan besi dan tuang tembaga cair, kenapa "kaum ganas" Yakjuj & Makjuj ni tak serang atau bunuh saja pekerja-pekerja tu dan sekaligus mengagalkan projek pembinaan tersebut? Takkan mereka tengok saja tembok dibina depan mata sehingga mereka terkurung?

#3. Takkan mereka duduk diam?
Kalau Yakjuj & Makjuj itu manusia yang ada otak & berakal, takkanlah mereka sanggup cuba beribu-ribu tahun untuk sekadar nak tebuk tembok tu? Gunung kan luas. Takkan mereka tak reti nak mendaki, memanjat, atau cari jalan tikus lain untuk lepasi tembok tu?

#4. Macam mana mereka hidup?
Kalau betul Yakjuj & Makjuj itu kaum manusia dan merupakan keturunan Adam, macam mana pula mereka boleh survive beribu-ribu tahun terkurung bawah tanah? Mana datang oksigen? Mana datang cahaya matahari? Mana cari air dan makanan sehingga mereka boleh beranak-pinak selama berabad-abad?

Rasa macam ada sesuatu yang tak kena & terlepas, kan?
Seolah-olah "sesuatu" yang Zulkarnain kurung itu bukanlah seperti apa yang kita bayangkan selama ini...

Lupakan Sebentar Segala Teori Konvensional Yang Pernah Anda Dengar...

Bersiaplah untuk satu pendedahan yang bakal memecah tembok pemikiran tradisional anda selama ini. Sebelum anda melangkah lebih jauh, sila perhatikan dua fakta besar dari Al-Quran yang jarang sekali dikupas secara jujur...

FAKTA #1: Al-Quran TIDAK PERNAH menggunakan istilah "Kaum" untuk Yakjuj & Makjuj!
Cuba anda buka Surah Al-Kahfi, dan lihat ayat 94. Perhatikan teks bahasa arab perkataan demi perkataan dalam ayat tersebut. Al-Quran tidak pernah meletakkan perkataan "kaumihi", "kauma", atau "kaum" sebelum ataupun selepas perkataan Yakjuj & Makjuj.

Bandingkan dengan ayat lain.. apabila Allah berbicara tentang sekelompok manusia, Allah pasti akan menyebut perkataan "kaum". Contohnya dalam Surah Al-Baqarah ayat 67 (Musa li kaumihi = kaum Nabi Musa) atau Surah Ali-Imran ayat 86 (kauman kafaru = kaum kufur) atau Surah Al-Maaidah ayat 25 (kaumil fasikin = kaum fasik) dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang lain.. apabila Allah ingin merujuk kepada suatu "golongan manusia" , Allah akan gunakan perkataan "kauma / kaumi / kaumihi".

Tetapi.. pada ayat yang menyebut tentang "Yakjuj & Makjuj", tiada perkataan "kaum".

Jadi, jika Al-Quran sendiri tidak pernah memanggil Yakjuj & Makjuj itu "kaum", kenapa kita begitu yakin mereka itu manusia?

 

FAKTA #2: Zulkarnain tidak membina "Tembok", tetapi beliau membina "Penutup".
Dalam Surah Al-Kahfi ayat 94, kaum yang terancam itu meminta Zulkarnain membina "Sadda" (dinding). Lihat semula perkataan terakhir ayat 94 diatas.

Kemudian, perhatikan pula jawapan Zulkarnain pada perkataan terakhir dalam ayat 95 dibawah. Beliau tidak menggunakan perkataan "Sadda", sebaliknya beliau menegaskan akan membina "Radma" (penutup).

 

Dalam bahasa Arab, "Radma" bermaksud penutup atau timbunan yang menutup lubang secara total. Persoalannya, kenapa Zulkarnain menukar istilah "Dinding" kepada "Penutup"? Apa sebenarnya makhluk Yakjuj & Makjuj itu sehingga ia perlu "ditutup" dan bukannya sekadar "dihalangi" dengan tembok dinding?

Jawapannya Bakal Mengubah Persepsi Anda Selama-lamanya...

Jika fakta ini membuatkan anda terdiam, itu tandanya masih banyak rahsia akhir zaman yang belum kita fahami.

Jadi, inilah masanya untuk anda menggali lebih dalam lagi tentang hakikat sebenar perihal "Yakjuj & Makjuj" ini.

Memperkenalkan ...
EBOOK YAKJUJ & MAKJUJ
"Bencana Di Sebalik Penutup Besi"

Ebook ini bukan sekadar mengulang naratif lama. Ia adalah sebuah Ijtihad Saintifik yang membongkar rahsia tersembunyi selama 1,400 tahun dengan menggabungkan nas Al-Quran, ilmu Geologi, Sejarah Empayar, dan Klimatologi moden.

Bersiaplah untuk melihat tanda-tanda Kiamat dengan kanta mata yang lebih segar, logik, dan jauh lebih menggetarkan jiwa.

BisnesBelon

Apa Yang Bakal Membuatkan Anda Tergamam Dalam Naskah Ebook Ini?

Ebook setebal 130+ muka surat ini bukan sekadar bacaan santai, ia adalah sebuah pengembaraan minda. Berikut adalah antara "rahsia" yang akan dibongkar:

  • Anjakan Paradigma
    Dari "Siapa" kepada "Apakah" – Kenapa selama ini kita buntu mencari kaum manusia, sedangkan Al-Quran memberi petunjuk kepada sesuatu yang jauh lebih besar?
  • Kod Rahsia Bahasa Arab Kuno
    Menyingkap maksud sebenar di sebalik nama Yakjuj dan Makjuj. Anda akan faham kenapa istilah ini merujuk kepada dua sifat pemusnah yang sedang "mendidih" di bawah kaki kita.
  • Siapa Zulkarnain yang Sebenarnya?
    Bukti kukuh kenapa beliau bukan Alexander The Great. Temui identiti raja hebat yang hidup sezaman dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW dan empayar agungnya yang hilang.
  • Rahsia Kesuburan Tanah Arab
    Fakta mengejutkan bagaimana Yakjuj dan Makjuj secara tidak langsung "menyediakan" kekayaan ternakan & tanaman di Tanah Arab.
  • Teknologi Binaan Besi & Tembaga
    Kenapa ia bukan tembok dinding biasa? Lihat analisis kejuruteraan Zulkarnain yang dibina untuk menahan tekanan luar biasa dari perut bumi.
  • Jejak Lokasi yang Tersembunyi 
    Penulis tunjukkan teori koordinat struktur ini di sekitar banjaran gunung sebuah negara Islam yang bersempadan dengan Rusia. Ia masih ada di sana!
  • Lumpuhnya Kuasa Besar Dunia
    Bagaimana kemunculan semula Yakjuj & Makjuj ini bakal memadamkan terus kehebatan teknologi ketenteraan Amerika, Rusia, dan China dalam sekelip mata.
  • Jejak Mitologi Norse (Viking)
    Adakah ramalan "Ragnarok" sebenarnya adalah peristiwa yang sama diceritakan dalam Al-Quran? Persamaan ini sangat mengejutkan!
  • Persiapan "Masa Kecederaan"
    Mengapa penemuan semula struktur ini adalah petanda bahawa jam kiamat sudah berada di saat-saat akhir, dan apa yang perlu anda buat sekarang.

Siapakah Penulis?

Syafiq Naqman membawakan disiplin Kewartawanan Penyiasatan ke dalam bidang eskatologi Islam. Sebagai bekas wartawan dan jurufoto agensi berita, beliau dilatih untuk tidak menerima maklumat secara bulat-bulat tanpa bukti yang kukuh.

Melalui pengalaman mengembara ke pelbagai negara, dari Timur Tengah hingga ke Scandinavia, beliau menggunakan pendekatan saintifik, linguistik Arab kuno, dan analisis data geologi untuk merungkai misteri Yakjuj & Makjuj dan sekaligus membuktikan kebenaran Al-Quran dari sudut pandang yang lebih segar dan logik.

Menerusi naskah ebook ini, Syafiq Naqman membentangkan satu naratif yang akan membuatkan anda berfikir dua kali tentang apa yang anda tahu tentang Yakjuj & Makjuj sebelum ini.

Kenapa Anda Perlu Miliki Naskah Ini Sekarang?

  1. Satu-satunya Kajian Seumpamanya
    Jarang ada pengkaji yang berani menggabungkan ilmu eskatologi dengan data geologi dan sejarah empayar secara detail.

  2. Membuktikan Mukjizat Al-Quran
    Anda akan melihat betapa saintifiknya Al-Quran dalam menerangkan fenomena alam yang hanya baru difahami sains moden hari ini.

  3. Persiapan Mental & Spiritual
    Supaya anda tidak lagi terpinga-pinga apabila tanda-tanda besar kiamat mula muncul dalam bentuk yang tidak pernah anda bayangkan.

Dapatkan Naskah Digital Anda

Kita sering membayangkan Yakjuj dan Makjuj sebagai dongengan purba, namun hakikatnya, ia adalah janji Tuhan yang sudah pun berada di "ambang pintu".

Lihat tanda-tanda akhir zaman dari kanta mata yang lebih rasional dan menggetarkan jiwa.

HANYA RM30 SAHAJA

(Sesuai untuk anda yang berani mencabar pemikiran konvensional dan mencari kebenaran yang lebih konkrit)

Nota: Link muat turun PDF akan dihantar terus ke e-mel anda sejurus selepas pembayaran berjaya dilakukan melalui portal Klikjer.

JAMINAN PULANGAN WANG 100% (30 HARI)

Cuba baca & hadam ebook ini selama 30 hari. Jika anda rasa ilmu dalam ebook ini langsung tidak membuka minda dan memberikan perspektif baru kepada anda. Kami akan pulangkan 100% wang anda. 

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah ebook ini bercanggah dengan tafsiran ulama terdahulu?Ebook ini tidak menolak nas Al-Quran, sebaliknya ia menawarkan Ijtihad Saintifik dan analisis linguistik yang lebih mendalam. Penulis mengajak pembaca melihat semula teks asal Al-Quran secara literal (perkata) untuk memahami maksud yang mungkin terlepas pandang oleh penterjemahan konvensional. Ia adalah satu usaha tadabbur alam dan ayat Tuhan.

Penulis bukan seorang ustaz, adakah kajian ini boleh dipercayai?Syafiq Naqman membawa disiplin Kewartawanan Penyiasatan dan Analisis Data Geologi. Beliau tidak mengeluarkan fatwa hukum hakam, tetapi membentangkan bukti fizikal (sejarah, geologi, dan geografi) yang menyokong ayat-ayat Al-Quran. Ilmu eskatologi (akhir zaman) memang memerlukan gabungan ilmu wahyu dan ilmu sains untuk difahami secara nyata.

Adakah ebook ini akan mendedahkan lokasi sebenar penutup besi Zulkarnain?Ya. Penulis membentangkan teori lokasi struktur binaan tersebut berdasarkan koordinat geografi dan rekod sejarah empayar. Anda akan melihat mengapa lokasi ini sangat logik dari sudut sains dan sejarah, namun masih tersembunyi daripada pandangan umum.

Siapa yang patut baca ebook ini?Ebook ini wajib dibaca oleh pencinta sejarah, pengkaji akhir zaman, pelajar sains/geologi, dan sesiapa sahaja yang mahu memperkukuh keimanan melalui bukti-bukti logik yang ada di depan mata kita hari ini.

Kenapa harga ebook ini RM30?RM30 adalah nilai yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa bertahun-tahun yang dihabiskan penulis untuk melakukan kajian, mengumpul data empayar kuno, dan memetakan lokasi secara geologi. Anda bukan sekadar membeli PDF, tetapi anda membeli hasil kajian penyiasatan yang eksklusif.

Macam mana saya nak dapatkan ebook ini lepas bayar?Selepas pembayaran berjaya di portal Klikjer, anda akan menerima e-mel beserta pautan muat turun (download link) secara automatik. Anda boleh terus baca di telefon pintar, tablet, atau laptop.

Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Menghadapi Realiti Ini?

Misteri yang terpendam selama 1,400 tahun kini berada di hujung jari anda. Kita bukan lagi bercakap tentang teori kosong, tetapi tentang persiapan eksistensial menghadapi bencana global yang sudah dijanjikan oleh Tuhan.

Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keadaan lalai apabila "Janji yang Benar" itu tiba secara tiba-tiba. Ingat, kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj bukan sekadar cerita akhir zaman, ia adalah malapetaka nyata yang akan melumpuhkan sistem dunia moden yang kita banggakan hari ini.

Miliki Ebook "Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Penutup Besi" Sekarang!

JAMINAN PULANGAN WANG 100% (30 HARI)

Cuba baca & hadam ebook ini selama 30 hari. Jika anda rasa ilmu dalam ebook ini langsung tidak membuka minda dan memberikan perspektif baru kepada anda. Kami akan pulangkan 100% wang anda. 

Diterbitkan dan diedarkan oleh:

Klikjer Publishing (002746251-P)
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
WhatsApp: +6011-33050950

Terms & Conditions: The access link for the eBook will be automatically sent to your email once payment is confirmed and successful. Please ensure that the email provided during purchase is accurate. If you do not receive the access link within a few minutes after payment, check your Spam or Junk folder. Contact us if the issue persists. This eBook is for personal use only. Sharing or distributing the eBook to third parties without our written permission is prohibited and constitutes a copyright violation. By making a purchase, you agree to these Terms & Conditions.

Return Policy: A refund can be requested within 30 days of purchase if the customer is dissatisfied with our product

Privacy Policy: Your privacy is important to us. We gather basic details like your name, email, and payment information for transactions and service improvements. We use secure systems to keep your data safe and do not sell or share your information. Our site also uses cookies to enhance user experience, which you can disable in your browser settings. We may update this policy periodically, so please review it occasionally. For questions, feel free to contact us.