Ketahui Bagaimana Untuk “Tundukkan” Suami Anda Dengan Cara Yang Patuh Syariah!

Dari meja :
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,

Sebagai seorang motivator yang telah berada di dalam masyarakat lebih 20 tahun lamanya, hampir setiap hari saya dihujani dengan soalan dan keluhan dari golongan isteri yang kurang berpuas hati dengan sikap serta tabiat suami mereka.

Masalah-masalah seperti suami malas, suami tidak sedar diuntung, suami miang, suami berjawatan lebih rendah, suami melebihkan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri, suami lemah di rajang, suami bermain kayu tiga, suami panas baran, suami tidak solat, suami suka menipu, suami tak cukup bagi nafkah dan bermacam-macam lagi masalah telah diajukan kepada saya.

Hinggakan, jika saya membaca sesuatu pertanyaan itu di bahagian atas sahaja, saya sudah boleh mengagak apakah di penghujungnya.

Cerita kebanyakan mereka adalah hampir sama, cuma apa yang berbeza hanyalah pada watak dan suasana tempat ia berlaku.

Mengapa Suami Berubah?

Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah….

1. Orang Sekeliling

Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri  perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.

2. Kerjaya

Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan  kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

3. Ekonomi & Sosial

Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah

Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.

Masihkah Ada Harapan?

Berita Baiknya! Manusia itu memang boleh berubah!

Jika si suami boleh berubah kepada yang ‘tidak baik!’ (tunggul) . Maka, itu bermakna, si suami juga boleh berubah kepada yang ‘baik’ (unggul).

Apa yang penting, sebagai isteri! Anda perlulah bijak memberi rangsangan dan sekaligus menjadi agen pemangkin kepada perubahan tersebut.

Mengapa Isteri Yang Perlu Buat Itu Ini… Begitu Begini?

Ada juga sesetengah golongan isteri yang bertanya…. “Yang bermasalah suami saya! Kenapa pula saya yang kena usaha dan buat macam-macam?”


Ini adalah satu hakikat yang pihak isteri perlu terima. Apabila si suami mula bermasalah, sememangnya pihak isterilah yang perlu berbuat sesuatu. Jika pihak isteri juga hanya berdiam diri dan mengharapkan si suami berubah dengan sendirinya…. Ia mungkin tidak akan berlaku dan berkemungkinan, ia akan menjadi lebih teruk dan lebih buruk lagi.

Masakan si suami boleh berubah jika baca buku pun dia malas, apatah lagi mahu pergi kursus, menonton rancangan kekeluargaan atau mendengar radio ceramah pun dia tidak mahu. Maklumlah, ego lelaki kan tinggi? Tidak mahunya dia nak buat perkara-perkara begitu..

Jadi, mahu atau tidak, memang andalah, pihak isteri.. yang perlu mengatur strategi dan berbuat sesuatu.

Ianya mungkin mengambil masa untuk kesedaran bertapak di hati suami, tapi secara perlahan-lahan, akan datang kemahuan untuk berubah dalam dirinya, yang mana, seterusnya akan menjadi tabiat dan berakhir sebagai seorang suami yang unggul.

Bagaimana Untuk Melakukannya?

Jika anda sudah bersedia untuk mengambil cabaran dan tanggungjawab di dalam menjadi agen perubahan bagi suami anda yang tercinta!

Saya sudah sediakan sebuah panduan bagaimana untuk melakukannya.

Ianya adalah sebuah panduan di dalam bentuk  ebook (buku elektronik), yang bertajuk….. SUAMI UNGGUL!

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda

Di dalam ebook panduan ini, saya telah senaraikan cara untuk menangani 42 karenah suami. Antara karenah suami yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti berikut..

  • Suami Tidak Bekerja
  • Suami Pengurus Rumahtangga
  • Suami Lemah Mental
  • Suami Tak Rasional
  • Suami Paksa Tinggal Dengan Mertua
  • Suami Lemah Tenaga Batin
  • Suami Berjawatan Besar
  • Suami Berniaga
  • Suami Miang Keladi
  • Suami Bodo-Bodo
  • Suami Jawatan Rendah
  • Suami Hensem
  • Suami Kememer
  • Suami ‘Bisu’
  • Suami Kaki Melaram
  • Suami Simpan Perempuan
  • Suami Kaki Kelentong
  • Suami Kaki Disco/Kelab Malam
  • Suami Toleh
  • Suami Kaki Betina
  • Suami Terlalu Taat Ibu Bapa
  • Suami Workaholic
  • Suami Tidak Penyayang
  • Suami Homoseksual
  • Suami Panas Baran
  • Suami Ramai Peminat
  • Suami Terlalu Tua
  • Suami Fanatik Pada Ajaran Tertentu
  • Suami Jiwang Karat
  • Suami Pucuk Muda
  • Suami Aktif Bermasyarakat
  • Suami Kejam
  • Suami Terlalu ‘Kuat’
  • Suami Abai Mertua
  • Suami Lemah Pengamalan Agama
  • Suami Ada Anak Tiri
  • Suami Beristeri Lebih
  • Suami Kuasa Veto
  • Suami Berpenyakit Sukar Sembuh
  • Suami Aktivis Politik
  • Suami Putar Alam
  • Suami Satu Sen Tak Guna

Semua jalan penyelesaian bagi setiap masalah di atas telah tersedia di dalam ebook ini. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca ebook ini dengan sabar serta ikuti saranan-saranan yang diberikan di dalamnya.

Usah Menambah Statistik Penceraian!

Tahukah anda, sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun?

Mengapa terjadi begitu?

Sebabnya, apabila terlihat sebarang kekurangan atau kebejatan suami, si isteri merasakan itu bukan tanggungjawabnya hendak merubah. Itu masalah suami, dialah yang kena berubah sendiri, atau ini masalah motivator, merekalah yang perlu mengubah lelaki tunggul menjadi unggul, atau ini masalah pemimpin negara, mereka yang kena menyelesaikannya.

Memang betul itu masalah mereka semua, tetapi yang pertama untuk bertindak adalah anda, isterinya. Motivator tidak boleh masuk ke dalam rumah anda untuk melihat betapa bejatnya sang suami, pemimpin negara juga tiada berupaya berbuat demikian. Jadi, ambillah inisiatif untuk membantu dan menjadi agen perubahan kepada suami, ianya lebih baik dari anda mempertikai dan menyalahkan orang lain.

Dapatkan Ilmu Serta Jalan Menjadikan Suami Anda  Seorang Suami Yang Unggul & Hebat!

Dengan hanya RM27, ebook ini akan menjadi milik anda dan insyaALLAH, ianya akan dapat membantu anda mencari ikhtiar dan membuka jalan, bagaimana anda boleh mengubah suami anda, menjadi suami unggul yang anda idam-idamkan.

Usah lagi biarkan hati anda diremuk-remuk melihat karenah suami yang “macam-macam”. Hentikannya sekarang dan dapatkan ebook ini segera dengan klik butang order “Dapatkan Sekarang” di bawah!

Benar!, Jodoh pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH, tapi kita sebagai manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan. Tidak terkecuali di dalam soal mencari dan mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. InsyaALLAH, ebook ini akan bakal membuka minda dan persepsi anda tentang peranan si isteri di dalam membentuk peribadi suami yang unggul dan hebat.

Masih Ragu?

Mari saya berikan lagi satu tawaran berat sebelah kepada anda. Niat saya ingin membantu. Saya faham situasi anda. Anda kuatir pelaburan anda sia-sia?

Anda rasa RM27 ini macam tak berbaloi? Jangan risau. Buang segala keraguan tu. Kerana saya ada jaminan pulangan wang 100% jika anda rasa pelaburan anda dapatkan ilmu ini tidak berbaloi dengan harganya.

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Akan Dikembalikan!

Dengan setiap pembelian ebook “Suami Unggul” ini, anda akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda, saya akan pulangkan wang RM27 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya sebab rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan…

Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, saya sendiri yang akan tanggung.

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang . Klik butang order di bawah untuk lakukan tempahan ebook Suami Unggul  ini pada harga  RM27 sahaja SEKARANG …

Yang benar

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Penulis & Pakar Motivasi


Diterbitkan dan diedarkan Oleh: 
Klikjer Publishing (002746251-P)
No 23, Jalan 3/64, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SMS/WhatsApp : 011-33050950