Soalan Lazim

Dapatkan Segala Jawapan bagi Persoalan Anda Disini!

Affiliate

S : Apa itu Affiliate?

J : Affiliate ialah seseorang individu yang memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil dari aktiviti mereka mempromosikan sesuatu produk kepada orang ramai.

S : Siapakah yang boleh mendaftar menjadi Affiliate?

J : Buat masa ini, keahlian affiliate kami hanya dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja yang berumur 13 tahun ke atas.

S : Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai Affiliate?

J : Pendaftaran sebagai ahli affiliate adalah percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

S : Bagaimana saya boleh menjana pendapatan sebagai Affiliate?

J : Sebagai affiliate, anda perlulah mempromosikan produk kami. Anda akan memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil dari usaha promosi anda.

S : Bagaimana pihak klikjer mengesan jualan hasil promosi saya?

J : Pihak kami mempunyai sistem tracking yang canggih. Dimana, cookies yang mengandungi id anda akan ditanamkan di dalam komputer pembeli apabila mereka klik pada link afiliate anda. Cookies ini tidak akan luput buat selama-lamanya (kecuali dipadamkan oleh pemiik komputer). Apabila pembeli membuat belian (mungkin seminggu, sebulan atau setahun selepas itu), sistem kami akan mengesan semula id affiliate anda yang terdapat pada cookies tersebut dan seterusnya, mengkreditkan jualan itu sebagai jualan anda.

S : Berapakah hasil pendapatan yang boleh saya perolehi?

J : Ianya tiada had, semakin banyak jualan yang berjaya anda hasilkan, maka semakin banyaklah komisyen serta pendapatan yang akan anda perolehi.

S : Bilakah saya akan dibayar / menerima komisyen saya?

J : Komisyen yang terkumpul selama sebulan, akan dibayar dalam masa 45 hari selepas tamat tempoh bulan tesebut. Sebagai contoh, komisyen yang terkumpul dari 1 Jan 2011 - 31 Jan 2011, akan mula dibayar kepada anda pada 15 Mac 2011.

S : Bagaimanakah pihak klikjer membayar komisyen tersebut?

J : Komisyen yang terkumpul selama sebulan, akan dibayar dalam masa 45 hari selepas tamat tempoh bulan tesebut. Sebagai contoh, komisyen yang terkumpul dari 1 Jan 2011 - 31 Jan 2011, akan mula dibayar kepada anda pada 15 Mac 2011. Namun begitu, buat masa ini, kami belum menguatkuasakan tempoh bayaran ini. Buat masa ini, kami akan membayar komisyen dalam masa 15 hari selepas tamat tempoh sebulan.

S : Bagaimanakah pihak klikjer membayar komisyen tersebut?

J : Pihak kami akan mengkreditkan jumlah komisyen anda terus ke dalam akaun bank anda. Jadi, pastikan anda meletakkan maklumat berkaitan akaun bank anda dengan tepat di dalam bahagian profile akaun anda.

S : Akaun bank apakah yang pihak klikjer sokong?

J : Buat masa ini, pihak kami amat menyokong bank Maybank, CIMB dan juga Paypal sebagai medium bayaran komisyen kepad affiliate.

S: Bagaimana jika saya tiada akaun bank tersebut?

J : Anda boleh gunakan bank-bank lain, namun, bayaran tersebut mungkin akan sedikit lewat, serta caj transaksi sebanyak RM2.00 akan ditolak dari komisyen anda.

S : Adakah saya perlu request "payout pyament"?

J : Tidak perlu, bayaran komisyen akan dibayar secara automatik kepada anda setiap bulan (selewat-lewatnya pada setiap 15hb), tidak kira berapa pun komisyen tekumpul yang ada di dalam akaun anda.

Jika ada sebarang soalan lain, sila hantarkan soalan anda kepada kami menerusi borang hubungi kami di sini

 

 

Penulis

S : Siapakah yang boleh menjadi penulis di klikjer.com?

J : Sesiapa sahaja yang mempunyai idea/karya penulisan yang menarik.

S : Bagaimanakah saya ingin menjadi penulis di klikjer?

J : Langkah pertama yang perlu anda lakukan, ialah, dapatkan "Klikjer Author Kit" di http://www.klikjer.com/author.html . Di dalam kit tersebut, terdapat panduan bagaimana untuk menjadi penulis di klikjer.

S : Berapakah kadar royalti yang dibayar oleh pihak klikjer kepada penulis?

J : Di klikjer, kami membayar royalti sehingga 70% dari hasil jualan kepada pihak penulis.

S : Bilakah bayaran royalti tersebut akan diterima?

J : Buat masa ini, pihak kami membayar royalti kepada penulis pada setiap bulan. Iaitu pada setiap awal bulan bagi jualan yang terkumpul sebelumnya. Sebagai contoh, hasil jualan pada bulan Januari, akan dibayar pada awal bulan Februari.

S : Ebook bagaimanakah yang diterima oleh klikjer?

J : Buat masa ini, pihak kami hanya menerima ebook berbentuk bukan-fiksyen sahaja. Ebook-ebook yang berbentuk fiksyen seperti novel, puisi, resepi, sajak dan karya sastera, tidak diterima.

S : Bolehkah saya menghantar ebook berbahasa inggeris?

J : Maaf, buat masa ini, kami hanya menerbitkan ebook-ebok berbahasa melayu sahaja.

Jika ada sebarang soalan lain, sila hantarkan soalan anda kepada kami menerusi borang hubungi kami di sini