Tentang Kami!

 

Bermula pada tahun 2010, klikjer.com adalah merupakan sebuah projek kendalian Shuth Network Sdn. Bhd. yang memfokus kepada penerbitan produk digital berbahasa melayu.

Pada mulanya, klikjer.com beroperasi sebagai sebuah sistem affiliate berpusat, yang mengkhusus kepada pasaran tempatan. Menerusi klikjer.com orang ramai hanya perlu mendaftar sebagai ahli affiliate sebanyak sekali sahaja, dan kemudiannya, boleh mempromosikan pelbagai ebook serta produk-produk menarik yang diterbitkan oleh pihak klikjer.com.

Selain sebagai pusat affiliate, klikjer.com juga turut bertindak sebagai penerbit ebook / info produk bagi penulis-penulis di Malaysia yang berminat untuk menerbitkan hasil karya penulisan mereka di dalam bentuk ebook atau digital.

Untuk menerbitkan ebook bersama pihak klikjer, anda boleh lawati halaman penulis disini.